Bicara Ekspress,
22:58

Ep76. Rintangan Kerja Pengurus Acara Mencabar

11 Jan 2019

Ep 76. Rintangan Kerja Pengurus Acara Mencabar

Dua sahabat dari Management & Science University ini membuktikan bahawa berlainan jurusan yang diambil ketika menuntut di universiti bukanlah penghalang untuk mereka memulakan perniagaan bersama. Mohamad Syarul Qamar & Mohamad Nazmi Mohd Rifai yang masing-masing memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Islam kini namanya disebut-sebut dalam bidang pengurusan acara dan mendapat banyak tempahan dari syarikat-syarikat besar. Pada tahun 2018 saja, mereka berjaya menguruskan lebih 60 acara dan semua itu diuruskan mereka berdua sendiri di samping beberapa pembantu. Uniknya, pelanggan lebih gemar memilih khidmat Ixora Events & Management kerana tawaran harga yang berpatutan dan mampu milik untuk pelanggan yang mempunyai bajet sederhana.

Key takeaways

Mereka berdua berkongsi kenapa memulakan cabang perusahaan ini adalah kerana permintaan yang tinggi. Katanya, dulu tiada kepakaran dan kemahiran dalam mengurus acara namun kini, ilmu boleh didapati di mana-mana. Syarul berkata, untuk memastikan setiap perusahaan maju, beliau perlu menekankan bahawa setiap pekerjanya perlu tahu tugas masing-masing. Justeru, beliau akan memastikan perbincangan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dan ketika itu, dia akan cuba menyelesaikan masalah dan memperbaiki kelemahan di mana-mana.

Fun fact

Kata Syarul, sesi mengambil pekerja baru sentiasa mencabar minda dan emosinya. Kerana sebelum ini, beliau pernah ditikam belakang kerana mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman lebih lama darinya. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya malah beliau bangkit, tidak putus asa dan belajar dari pengalaman lalu. Ingin tahu apa lagi cabaran menjadi pengurus acara? Jom download episod kali ini.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top