Bisnes Makeover,
30:28

Ep76. AdeqSue Memperluaskan Market Dengan Sijil Halal

23 Jan 2019

Ep 76. AdeqSue Memperluaskan Market Dengan Sijil Halal

Sempena Malaysia Halal Expo 2019, Bisnes Makeover bertemakan Bisnes Hab Halal. Pada episod ini, Nana berbicara bersama Puan Shukuriah Abd Ghaffar, CEO AdeqSue. AdeqSue bermula pada tahun 2009 melalui perusahaan kedai makan menghidangkan ikan bakar, tom yam, ikan tiga rasa dan banyak lagi. Perusahaan AdeqSue telah mendapat sambutan menggalakkan dan menerima permintaan dari pelanggan untuk menjual produk pes mereka. Dari itu, terlahirlah AdeqSue Resources secara rasmi pada 19 Mac 2014 dimana produk-produk restoran dikilangkan seperti sambal ikan bilis, sos tiga rasa, pes ikan bakar, pes ikan bakar petai, pes tom yam dan macam- macam lagi. Kini, AdeqSue telah memasuki pasaran luar negara seperti negara Saudi dan Australia.

Key Takeaway

AdeqSue merupakan bisnes yang telah mendapatkan pensijilan Halal untuk produk-produk mereka. Menurut Puan Shukuriah, pensijilan Halal tidak susah, dan ianya bergantung kepada mentaliti usahawan sendiri. Pensijilan Halal bukan sahaja bermaksud penggunaan bahan yang halal, ianya juga tentang mewujudkan satu proses prosedur atau “flow” seperti penerimaan bahan mentah, penyediaan, packaging dan sebagainya. Menurut beliau juga, apabila mengamal prosedur halal, ianya membantu dari segi operasi staf dan peniagaan yang efisyen. Bagi beliau, pensijilan Halal adalah satu marketing strategi dan standard yang dipandang tinggi. Antara tip-tip pensijilan Puan Shukuriah adalah merujuk dengan JAKIM dari awal penubuhan perniagaan supaya permohonan sistematik dan lebih lancar.

Fun Fact

Penjualan produk AdeqSue meningkat sebanyak 900 peratus selepas berjaya mendapatkan sijil halal dari pihak JAKIM yang menjadi pintu masuk ke pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia seperti Econsave, Giant dan Mydin.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top