Bisnes Makeover,
23:48

Ep75. Malaysia Halal Expo 2019

23 Jan 2019

Ep 75. Malaysia Halal Expo 2019

Bisnes Makeover menemubual dua pihak yang memainkan peranan sangat penting bagi pembangunan usahawan iaitu YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan En Noor Azmi, CEO, SME Corp untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program Malaysia Halal Expo 2019 yang berlangsung 24 hingga 26 January 2019 serta rancangan-rancangan bagi usahawan-usahawan di Malaysia. Program ini tercetus dari penandatanganan Memorandum Kerjasama Malaysia-Jepun mengenai Halal antara YB Datuk Seri Redzuan Yusof dan His Excellency Hiroshige Seko, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun pada November 2018 dimana kedua-dua negara telah komited untuk menyokong satu sama lain terutamanya dalam pembekalan makanan dan perkhidmatan halal ke Jepun.

Key Takeaways

Visi MED adalah untuk membangunkan usahawan yang berintegriti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Antara hala tuju untuk usahawan juga adalah untuk mencapai sasaran dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Antarabangsa. Kunci untuk mencapai sasaran ini adalah pemahaman tentang Halal dari segi meningkatkan diversiti, menaiktarafkan produk dan servis, membangunkan kapasiti melalui agensi-agensi termasuk agensi seperti SME Corp. Malaysia Halal Expo 2019 adalah salah satu inisiatif dimana platform tersebut bertujuan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan Halal Malaysia untuk pasaran halal serantau dan global yang berkembang pesat. Ekspo Halal Malaysia 2019 bertujuan memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepu menjelang Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020).

Fun Fact

Dianggarkan pasaran Jepun untuk makanan dan perkhidmatan halal berjumlah USD 740 juta @ RM 3.06 bilion.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top