Bicara Ekspress,
16:08

Ep75. Kerja Luar Bidang

11 Jan 2019

Ep 75. Kerja Luar Bidang

Mohamad Yunus Hafiz Noral Shaari yang berasal dari Melaka dulunya adalah lulusan Diploma in Process Instrumentation & Control dari German Malaysian Institute, Bangi. Kini, beliau adalah pemilik perusahaan Dom Transporter yang menyediakan servis memunggah barang menggunakan 4×4, lori 1 dan 3 tan. Semuanya bermula apabila khidmatnya diperlukan rakan untuk memunggah motosikal yang terbabit dalam kemalangan. Selepas itu beliau melihat ada peluang perniagaan yang besar pada masa akan datang sekiranya beliau serius mengembangkan cabang bisnes ini.

Key takeaways

Yunus berkongsi pendapatnya bahawa ijazah bukanlah penentu buat seseorang itu untuk berjaya dan tanpa segulung ijazah juga tidak bermaksud seseorang itu tidak boleh berjaya. Sebaliknya, semangat dan usaha yang kuat mendorong seseorang itu untuk berjaya. Beliau sendiri mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sampingan sewaktu zaman belajar lagi. Perniagaan pertamanya adalah berniaga lasagna, kemudian memulakan Dom Transporter sebagai bisnes kedua. Katanya, apa yang penting adalah pengurusan masa, berani berdepan masalah dan sentiasa bersabar serta positif. Mengelak dari mengambil mana-mana pinjaman bank, justeru beliau mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan.

Fun fact

Kata Yunus, biarpun kita tidak semestinya memerlukan segulung ijazah untuk berjaya, tetapi kita digalakkan untuk belajar sampai tua. Kerana apa, pendidikan penting untuk profiling diri sendiri pada masa depan. Untuk tahu lebih banyak rahsia Yunus berjaya dalam perniagaan, jom download podcast episod kali ini.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top