Bahtera,
23:48

Ep74. Pengurusan Hala Tuju Kewangan & Pelaburan

11 Jan 2019

Ep 74. Pengurusan Hala Tuju Kewangan & Pelaburan

Berasal dari Kota Tinggi, Johor, Mohamad Syafiq Abdul Latif, 23, mempunyai azam mahu membantu orang ramai menguruskan kewangan dan pelaburan dengan bijak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia ini bermula dengan bidang jualan dan pemasaran 5 tahun dulu. Kini beliau dapat melihat flow untuk meningkatkan kewangan melalui simpanan dan pelaburan dengan perniagaan. Justeru, beliau ingin berkongsi rahsia itu dengan pelanggannya.

Key takeaways

Syafiq berkongsi, menimba ilmu tidak terhenti setakat itu. Justeru, bagi mendapatkan lebih banyak rahsia-rahsia untuk meningkatkan kewangan, beliau perlu mendapatkan sijil yang perlu, menghadiri kelas dan seminar supaya dapat berkongsi ilmu kepada anak muda, terutamanya yang baru memulakan alam pekerjaan atau perniagaan. Katanya, jika seseorang itu mahukan simpanan jangka masa panjang, dia kena mula dari sekarang. Justeru, beliau berharap anak muda masa kini secara perlahan bangkit dan mencari orang sepertinya bagi merangka pelan kewangan masa hadapan dari sekarang.

Fun fact

Kata Syafiq, ramai orang tahu memulakan perniagaan tapi tidak tahu untuk mengekalkan momentumnya dan meningkatkan bisnes ke tahap lebih tinggi. Justeru, beliau ada cara lebih cepat untuk mengembangkan duit itu. Jom download episod kali ini untuk mengetahui cara-cara itu.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top