Bisnes Makeover,
30:37

Ep74. Jual Diri Dengan Berceloteh

17 Jan 2019

Ep 74. Jual Diri Dengan Berceloteh

Banyak cakap tapi otak bisnes. Episod kali ini membawakan penyampai EFM sendiri ; Nana Mahazan yang berkongsikan pengalaman jatuh bangunnya bergelar usahawan dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sebagai selebriti. Episod kali ini menyingkap sisi Nana Mahazan bergelar anak seni yang ingin berjaya sebagai ahli perniagaan yang penuh dengan cabaran dan liku-liku sebelum berjaya seperti hari ini.

Key Takeaways

Bagi selebriti yang ingin bergelar usahawan berjaya, Nana Mahazan mempunyai pelbagai nasihat dan motivasi untuk anda yang perlu dikutip dan dibawa balik jika ingin kekal di dalam industri untuk satu tempoh yang panjang. Ketahui bagaimana Nana Mahazan membahagikan tugas sebagai ibu, ahli perniagaan dan selebriti dalam tempoh 24 jam sehari sejak 15 tahun lepas. Dengan mengacarakan EFM , Nana Mahazan menemui ramai tokoh untuk beliau damping dan kutip segala tips penting bergelar usahawan berjaya termasuk apa yang patut dan tidak patut dilakukan di kaca mata seorang ahli perniagaan.

Fun Fact

Resumenya penuh dan pelbagai dari deejay radio, pengacara televisyen, pelakon, menjual baju, hinggalah menjjual barangan berasaskan organik kosmetik yang kesemuanya menggunakan namanya sendiri ; Nana Mahazan. Pernah ditipu pembekal dan silap percaturan sewaktu mula-mula berjinak dalam perniagaan bukan satu halangan bagi Nana Mahazan untuk terus bertapak di dalam industri dan bidang yang diceburinya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top