Bisnes Makeover,
49:46

Ep73. Ada Ijazah Tapi Jadi Penyampai Radio?

17 Jan 2019

Ep 73. Ada Ijazah Tapi Jadi Penyampai Radio?

Studio digamatkan dengan dua deejay popular; Fara Fauzana dan Faizal Ismail atau nama pentasnya FBI yang berkongsikan diri bergelar selebriti dan usahawan kepada pendengar.Celoteh mereka tidak hanya tertumpu kepada karier seni masing-masing malah pendengar turut disajikan dengan input berkaitan buah tangan terkini mereka iaitu FBI Live menerusi medium laman sosial Facebook.

Key Takeaways

Minat mendalam terhadap radio dan televisyen mendorong pasangan deejay radio popular ini ini untuk terus kekal di dalam industri dan membuat kemunculan semula selepas berehat sementara.Bagi mereka, jika ingin bergelar usahawan walaupun di dalam bidang hiburan sekalipun, seseorang selebriti itu perlu belajar dan terus belajar bagi membolehkan jenama mereka terus diminati peminat dan masyarakat.Ketahui bagaimana pasangan deejay ini menjual bakat mereka hingga ke tahap laku keras (hard sell) menggunakan platform FBI Live sehingga mampu menjadi antara segmen tertinggi diminati pendengar ketika ini.

Fun Fact

Bayangkan, berjinak-jinak di Radio Kampus kemudian menjadi pelajar praktikal disebuah radio (Era FM), FBI pantas merealisisasikan minatnya untuk bergelar deejay selepas menimba pelbagai pengalaman dengan otai-otai radio. FBI turut berkongsikan cabaran bergelar usahawan daging hitam selepas berhenti menjadi deejay radio. Bagi Fara Fauzana, pendengar akan mengetahui bahawa figura popular ini telah berkecimpung di dalam iklan komersial dan drama sejak kecil lagi dan kini memasang minat untuk menjadi orang penting dibelakang tabir sesuatu produksi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top