Bisnes Makeover,
42:48

Ep72. Sisi Jenama Sazzy Falak

17 Jan 2019

Ep 72. Sisi Jenama Sazzy Falak

Senyuman beliau dan telatah beliau sentiasa menceriakan suasana bagi pemilik nama kepada Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak yang dibawakan dalam episod kali ini.Teka teki atau persoalan kenapa beliau jarang muncul dikaca televisyen pastinya akan terjawab sebaik Sazzy berkongsikan penglibatannya didalam bidang perniagaan pakaian dan aksesori.Wanita berjaya ini juga turut berkongsikan dengan pendengar mengenai cabaran untuk memulakan dan menguruskan perniagaan dari tiada apa-apa hingga mampu menempatkan diri dengan jenama terkenal yang lain.

Key Takeaways

Nama yang besar tidak semestinya seseorang itu akan berjaya dalam bidang perniagaan tanpa pelan perniagaan yang bagus selain mampu meyakinkan pelanggan dan kekal dalam industri untuk tempoh yang panjang, Penjenamaan sangat penting. Jika kemahiran atau bakat hanya boleh didepan kamera sahaja, seseorang itu tidak boleh bergelar ahli perniagaan, inilah perkara penting yang ditekan insan bergelar Sazzy Falak.

Fun Fact

Mungkin sisi Sazzy Falak yang dikenali hanyalah sebagai pelakon, emcee mahupun pengacara televisyen sahaja namun beliau juga melibatkan diri di dalam bidang perniagaan pakaian dan aksesori selain pelaburan. Diawal penubuhan syarikat perniagaan pakaian dan aksesorinya, laman web mereka pernah ‘crash’ kerana terlalu ramai pelanggan dan pengguna yang mengakses masuk sebelum akhirnya masalah itu berjaya diatas sebaik-baiknya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top