Bisnes Makeover,
39;30

Ep71. Amboi Amboi Amboi Altimet

17 Jan 2019

Ep 71. Amboi Amboi Amboi Altimet

Altimet, individu yang suka memakai topi dan menggegarkan dunia hiburan dengan rapping tersendiri kini tampil sebagai tetamu jemputan pada episode kali ini. Figura ini juga berkongsikan pengalamannya sewaktu awal-awal menceburi bidang hiburan sebelum ditambahbaik ke dalam bidang perniagaan sekaligus bergelar selebriti dan usahawan. Menariknya episod ini mengetengahkan sisi berbeza dari Altimet yang bukan hanya menyentuh mengenai karier seninya tetapi juga kisah benar beliau untuk berjaya seperti apa yang dikecapinya hari ini.

Key Takeaways

Pendengar disajikan dengan strategi yang dibuat Altimet untuk mendapatkan kepercayaan dan kejayaan untuk menempatkan muzik rap di dalam industri hingga mampu mencari bakat pelapis untuk diketengahkan. Altimet menanamkan sikap bahawa jika ingin berjaya, manusia itu perlu menolong dirinya sendiri dan menjual kemahiran dan bakat sebaik-baiknya selain mencari pasukan yang kuat untuk terus kekal berjaya. Jika bergelar selebriti, seseorang itu tidak seharusnya duduk dalam kepompong menjadi duta kepada sesuatu produk sebaliknya mempelbagaikan bakat untuk terus mengekalkan nama di dalam industri.

Fun Fact

Meniaga bakat sebagai rapper, penulis skrip, composer, penyanyi, pelakon dan usahawan, nama Altimet sebenar adalah Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.Sewaktu kegawatan ekonomi pada 1999, beliau bertatih meniaga bakatnya dengan menjual CD (cakera padat) secara bersemuka dengan pembeli sebelum didekati syarikat label muzik.Pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label “Benua Clothing” tidak hanya fokus kepada penganut beragama Islam tetapi juga secara universal mengikut kesesuaian dan majlis masing-masing.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top