Bisnes Makeover,
54:05

Ep70. 54 Mins Tips Kejayaan Bersama Rosyam Nor

17 Jan 2019

Ep 70. 54 Mins Tips Kejayaan Bersama Rosyam Nor

Rosyam Nor; figura penting dan terkenal yang tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi di dalam industri seni dan hiburan tanah air, kini dibawakan dalam podcast menarik kali ini. Dari pencuci tandas hingga ke pelakon, selebriti dan ahli perniagaan, pastinya banyak pengalaman dicurahkan dan dikongsikan selama 54 minit untuk pendengar dan peminat beliau mahupun bakal usahawan lain. Adalah menjadi satu kerugian jika pendengar tidak meluangkan masa mendengar tips penting dan berguna dari Rosyam Nor berkaitan survival diri seawall beliau dari kecil hinggalah berada di paras kejayaan sekarang.

Key Takeaways

Beliau bukan sahaja memberi kata-kata semangat dan motivasi diri berkaitan seorang insan bergelar Rosyam Nor malah turut berkongsikan tips bagaimana seseorang itu perlu merancang untuk berjaya dan mengekalkan prestasi untuk terus berada dalam zon persaingan secara sihat.

Fun Fact

Rosyam Nor adalah nama pentas untuk insan bergelar Mohamed Noor Shamsuddin. Nama itu adalah gabungan ibu, ayah dan nama beliau sendiri sewaktu mula-mula berkecimpung di dalam industri seni dan hiburan melalui Gila-Gila Remaja sewaktu berusia 17 tahun. Perjalanan hidupnya penuh berliku, dari penjaja nasi lemak dan kuih, kemudian terlibat dalam skim pelaburan atau perniagaan berbentuk Multilevel Marketing (MLM) sebelum menjadi pelakon dan ahli perniagaan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top