Bisnes Makeover,
20:20

Ep69. Dana dan bimbingan? PUNB datang menyelamat!

13 Jan 2019

Ep 69. Dana dan bimbingan? PUNB datang menyelamat!

Menjalankan bisnes salun rambut sememangnya memerlukan modal yang signifikan untuk menjalankan perniagaan sehari-sehari. Oleh itu kekangan kewangan boleh menjadi sesuatu yang mencabar bagi usahawan salun rambut kerana ia akan menyulitkan sesetengah perkara dalam bisnes. Tapi usah khuatir, sebenarnya ada sahaja cara untuk mendapatkan dana dengan cara yang betul, seperti menerusi Pemodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Satu nama yang mungkin tidak asing bagi sesetengah peniaga, tetapi apa agaknya peranan yang dimainkan mereka berkaitan dengan dana perniagaan untuk
usahawan?

Ini dikongsikan dengan lebih lanjut oleh Business Relationship Manager mereka Puan Siti Hajar Aladin kepada pendengar dalam memberikan dana kepada usahawan menerusi skim-skim dan pembiayaan perniagaan dan membimbing mereka menerusi kursus-kursus.

Key Takeaways

Episod kali ini berkongsi lebih lanjut tentang peranan yang dimainkan PUNB dalam menyediakan dana dan membimbing para usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan. Bagi pengusaha salun kecantikan, Puan Siti Hajar menyarankan agar memohon untuk skim peruncitan antara lain. Namun business proposal perlu disediakan terlebih dahulu. Usah khuatir kerana PUNB turut menyediakan kursus untuk itu. Terdapat juga kursus wajib dan juga lanjutan seperti financing dan pemasaran yang ditawarkan untuk usahawan mereka.

Fun Fact

Terdapat taklimat yang disediakan setiap hari Isnin selama dua jam untuk memberi gambaran dan maklumat lanjut. Dana ditawarkan mampu mencecah satu juta ringgit namun ianya akan dinilai oleh PUNB mengenai kelayakan setiap jumlah dana yang dipohon. PUNB turut menggalakkan pembelajaran sesama usahawan tidak mengira bidang untuk menggalakkan percambahan idea.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top