Bisnes Makeover,
34:19

Ep68. Berbisnes Salun Rambut dan Mengajar Kecantikan

13 Jan 2019

Ep 68. Berbisnes Salun Rambut dan Mengajar Kecantikan

Pada masa kini, semakin banyak bisnes kecantikan yang dibuka umpama cendawan selepas hujan dalam pelbagai bentuk dan cara serta tidak mengira lokasi. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi dalam bidang kecantikan. Namun untuk mengekalkan pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan usaha dan khidmat yang berkualiti dan konsisten. Temubual Bisnes Makeover dalam episod ini mengikuti kisah Wan Salila Wan Ali dalam membuka perniagaan salun yang berfokus kepada rambut dan turut mengajar mereka yang berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenai kecantikan.

Key Takeaways

Wan Salila Wan Ali bermula dengan menaja tatarias sebagai salah satu aktiviti pemasaran di samping membuat pemasaran di media sosial. Beliau turut memfokuskan kepada user feedback dan kepuasan pengguna sebelum bercadang untuk menambah mesin dan servis di premis sendiri. Antara saranan lain termasuk menyertai persatuan peniaga dalam bidang yang serupa turut membantu dalam menambah keyakinan dan memberi lebih idea untuk mengembangkan perniagaan. Memiliki back-up juga penting untuk menyokong perniagaan jika berlaku perubahan staf.

Fun Fact

Merupakan pemilik sijil kemahiran tahap 3 dari Majlis Kemahiran Malaysia, Wan Salila berminat menjalankan perniagaan salun rambut berdasarkan saranan ibu saudara mahukan anak buah mengambil bahagian dalam mengembangkan perniagaan wedding planner ke hiasan rambut. Perniagaan beliau lebih berkonsepkan family di mana ahli keluarga sendiri turut membantu dalam menjalankan perniagaan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top