Bisnes Makeover,
21:25

Ep67. Kaum Adam boleh berniaga bisnes kecantikan

13 Jan 2019

Ep 67. Kaum Adam boleh berniaga bisnes kecantikan

Bidang kecantikan sememangnya sinonim dengan kaum wanita, memandangkan lumrah mereka untuk nampak lebih cantik dan bergaya. Namun ini tidak bermakna golongan lelaki tidak boleh bertapak dalam bisnes sebegini. Jika ada kesungguhan dan pemikiran jauh, ianya tidak mustahil untuk menjalankan bisnes kecantikan sebagai seorang lelaki.

Ini telahpun dibuktikan oleh Encik Mohd Fuad yang mengusahakan Saloon & Spa Muslimah Afiya Kuala Lumpur. Beliau sudahpun mengusahakan perniagaan kecantikan untuk empat tahun, malahan mengalami kerugian pada awal perniagaan sebelum mampu berdiri sendiri.Episod kali ini mendalami apa yang telah dilalui Encik Mohd Fuad dalam membawa perniagaan beliau ke tahap yang dicapai kini dan bagaimana beliau bermula pada awalnya meskipun dengan keadaan kewangan yang tidak begitu memberangsangkan.

Key Takeaways

Persepsi golongan lelaki tidak boleh menjalankan perniagaan kecantikan adalah tidak benar sama sekali dan ini telah dibuktikan oleh Encik Mohd Fuad. Pemilik Saloon & Spa Muslimah Afiya memberikan sedikit garis panduan dari segi mengembangkan bisnes kecantikan, termasuk memfokuskan kepada Public Relations (PR), ilmu dan kemahiran dalam memberik perkhidmatan dan melayani pelanggan, demografi penduduk setempat, kewangan dan banyak lagi.

Fun Fact

Bermula dengan dua orang staf di Taman Melati, Encik Mohd Fuad menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Selepas sedikit masa mengukuhkan jenama menerusi pemasaran offline dan online menerusi Adwords, beliau memindahkan perniagaan ke Wangsa Maju dan kini turut dikunjungi golongan berpendapatan lebih tinggi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top