Bisnes Makeover,
21:16

Ep65. Zue Beauty Saloon – perniagaan dari pelajar untuk pelajar

13 Jan 2019

Ep 65. Zue Beauty Saloon – perniagaan dari pelajar untuk pelajar

Jika anda seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar, pastinya anda ingin mendapatkan barang dan perkhidmatan pada harga yang murah dan berbaloi dibayar. Ini termasuklah dalam mendapatkan khidmat kecantikan seperti gunting rambut serta spa dan sauna. Untuk pergi salun di luar pastinya akan menelan belanja yang tidak kurang banyaknya. Pelajar-pelajar di Universiti Putra Malaysia tidak perlu risaukan hal sedemikian, kerana Nur Zulaika sudahpun mengusahakan dua buah salun khusus untuk gunting rambut dan spa dan sauna. Kini anda boleh mendapatkan khidmat tersebut tanpa berbelanja banyak untuk keluar kampus.

Episod kali ini menyelami pengalaman Nur Zulaika dalam membuka perniagaan tersebut, bagaimana beliau bermula dan sokongan yang diterima pihak universiti dalam membantu pelajar-pelajar yang berminat dengan bidang keusahawanan.

Key Takeaways

Siapa kata bergelar pelajar tidak boleh berbisnes dan berniaga? Dengan sedikit sokongan, peluang dan keberanian, ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Pemilik Zu Beauty Salon ini tanpa ragu-ragu mengambil peluang untuk membuka perniagaan salun kecantikan selepas diberi tapak oleh pengurusan UPM dan menyertai kelas-kelas anjuran Center of Entrepreneurship secara percuma untuk pelajar dan usahawan baru sepertinya.

Fun Fact

Sebelum bermula dengan bidang kecantikan, Nur Zulaika pernah terlibat dalam mengusahakan bidang berkaitan makanan selama tiga tahun. Kebanyakan pekerja beliau adalah pelajar universiti dengan jadual anjal untuk menyesuaikan diri dengan kelas-kelas yang ada.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top