Bisnes Makeover,
10:30

Ep65. 12 Tips Buka Salun Kecantikan

13 Jan 2019

Ep 65. 12 Tips Buka Salun Kecantikan

Episod ini menceritakan secara terperinci tentang bagaimana untuk mula bertapak sebagai usahawan salun kecantikan. Nana juga turut berkongsikan dengan pendengar berkaitan memilih minat, lokasi, skop perniagaan, demografi pelanggan, promosi, kepentingan ilmu dan sebagainya dalam mempersiapkan diri untuk membuka salun kecantikan.

Key Takeaways

Salun kecantikan adalah satu idea perniagaan yang baik memandangkan permintaan pengguna untuk kekal cantik dan bergaya adalah tinggi. Namun perniagaan ini adalah jenis perkhidmatan yang pastinya memerlukan dedikasi untuk memberikan yang terbaik demi memuaskan hati pelanggan. Dua belas tips dikongsikan Nana yang perlu diambil kira pendengar jika ingin bergiat dalam membuka perniagaan salun kecantikan.

Fun Fact

Kecantikan adalah bidang yang sentiasa mendapat permintaan tinggi berikutan kesedaran untuk tampak bergaya dan menarik. Kaum wanita dikenali sebagai tidak lokek apabila tiba bab untuk berbelanja demi kelihatan cantik dan menawan.

Memandangkan semua orang tidak sama, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan penampilan. Oleh itu usahawan perlu kreatif dalam menawarkan perkhidmatan yang mampu memenuhi segmen pelanggan yang pelbagai. Mereka boleh menambah kemahiran untuk memberi nilai tambah kepada perusahaan salun mereka menerusi pelbagai sijil-sijil dan kursus kemahiran yang ditawarkan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top