Bisnes Makeover,
24:34

Ep64 Tangan Ajaib MDeC

03 Jan 2019

Ep 64 Tangan Ajaib MDeC

Kita biasa dengar atau sudah lazim dengan MDeC tetapi apa agaknya peranan yang dimainkan agensi kerajaan ini dalam membantu usahawan ekonomi digital?
Ini dikongsikan Ketua Bahagian Usahawan Digital mereka Puan Sharifah Nur Izma kepada pendengar tentang program e-usahawan dan bagaimana ia membantu usahawan digital atau dalam talian berjaya.

Key Takeaways

Mengikut kelas disediakan MDeC dengan bayaran RM25 sahaja sekaligus mempersiapkan diri menjadi usahawan digital berjaya selain pemantauan perniagaan, pelbagai bimbingan termasuk apa yang diperlukan bagi mendapatkan pinjaman perniagaan.
Episod kali ini juga mengajar pendengar bagaimana MDeC berhadapan dan mengubah pemikiran totok sesetengah usahawan hingga diangkat ke tahap yang lebih berjaya.
Manusia tidur tetapi platform digital tidak begitu dan ia berkembang seluas-luasnya hingga ke serata dunia. Namun tidak ramai sedar pentingnya dan bergunanya platform digital.

Fun Fact

Di zaman canggih ini, masih ada lagi usahawan yang merekodkan perjalanan perniagaan menggunakan buku 555 dari menggunakan platform digital!
MDeC bukan hanya memberikan ilmu di dalam kelas tetapi turut membantu mengajar langkah bagi mendapatkan pinjaman selain sering berkomunikasi dan berhubungan dengan usahawan selepas selesai sesi di kelas untuk tujuan sokongan moral!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top