Bisnes Makeover,
24:06

Ep61. PM Tepi Bang

03 Jan 2019

Ep 61. PM Tepi Bang

PM tepi, COD boleh? Ini trend perniagaan sekarang yang memerlukan kepercayaan dan keberanian kerana ia penuh dengan ranjau risiko hingga seseorang usahawan itu boleh kehilangan modal dan kerugian jika tersilap langkah.

Episod ini memperkenalkan pendengar dengar Jimmy dari Mie Gadget yang berkongsikan kisahnya bernafas dalam industri membekalkan telefon dan akesesori menggunakan kedai alam maya.

Key Takeaways

Hubungan baik dengan pembekal, ejen dan pelanggan penting bagi mana-mana usahawan telefon dan akesesori jika ingin bertahan lama dalam industri. Persiapkan ilmu dalam berhadapan kes barang tidak sampai, barang palsu, barang rosak, pelanggan banyak dolak-dalik dan bermacam drama lagi.

Fun Fact

Jimmy tidak mempunyai kedai fizikal dan hanya menggunakan kedai alam maya bagi membekalkan telefon dan akesesori namun itu tidak menghalangnya dari mendekati pengguna termasuk membaiki telefon pengguna di kedai makan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top