Bisnes Makeover,
25:50

Ep46. 5 kriteria penting bagi memastikan karya anda akan diterbitkan

09 Dec 2018

Ep 46. 5 kriteria penting bagi memastikan karya anda akan diterbitkan

Memulakan perniagaan pada tahun 2011, Buku Fixi adalah syarikat penerbitan novel urban dan kontemporari di Malaysia yang mensasarkan orang muda sebagai pembacanya. Sehingga kini, Buku Fixi sudah berjaya mencetak sehingga 200 jenis buku Bahasa Melayu berunsurkan thriller, seram dan kehidupan masyarakat masa kini.

Key Takeaways

Sepanjang 7 tahun ini, media sosial banyak membantu Buku Fixi berkembang, mempromosikan buku-buku yang diterbitkan dan mencari penulis. Dengan media sosial juga, ia menjadikan Buku Fixi syarikat percetakan buku pertama di Malaysia yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram iaitu sebanyak 46,000. Namun, mencari penulis dan karya bersesuaian agak sukar. Banyak kriteria perlu dititikberatkan sebelum menerbitkan sesebuah manuskrip itu dan mempromosikannya.

Fun Fact

Buku Fixi pernah berdepan cabaran di mana sebanyak 9,500 naskah buku terpaksa dikitar semula kerana kurang laris di pasaran. Malah, suatu ketika dulu, mereka pernah membeli hak cipta komik DC selepas menerima maklumbalas positif daripada pengikut di media sosial. Namun, tidak disangka-sangka sambutan kurang menggalakkan seperti di media sosial dan Buku Fixi terpaksa menanggung kerugian sehingga RM100,000.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top