Bisnes Makeover,
26:07

Ep58. Cinta Tertinggal di Homestay Desa Murni

27 Dec 2018

Ep 58. Cinta Tertinggal di Homestay Desa Murni

Siapa kata bercuti di inap desa membosankan? Episod ini bakal mengubah stigma segelintir pihak usai mendengar penjelasan menarik dari Khairul Hakimi Dato’ Shahariman, penyelaras inapdesa di Desa Murni, Temerloh.

Menariknya, perkongsian beliau turut meliputi jenis inapdesa, kriteria inapdesa dan siapa pelanggan mereka dan lain-lain lagi yang pastinya akan membuat pendengar terkejut dan ingin merasai pengalaman tinggal di inap desa yang tidak ternilai ini sekaligus meninggalkan hotel bajet yang ada di Temerloh.

Key Takeaways

Inapdesa ada nyamuk, tiada wifi dan Astro? Itu mungkin dulu tapi kini segala-galanya pasti akan meninggalkan pengalaman unik untuk pelanggan atau pelancong usai menjejakkan kaki di Desa Murni dan merasai pelbagai aktiviti kemasyarakatan baik di rumah, sawah, kebun, sungai dan sebagainya.

Fun Fact

Pendengar pastinya akan mendapat ilmu mengenai kriteria yang diperlukan untuk bergelar usahawan inapdesa dan cabaran yang bakal dihadapi untuk kekal dalam industri.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top