Bisnes Makeover,
36:33

Ep55. Panggilan ‘Nature’ dari Tanah Aina

27 Dec 2018

Ep 55. Panggilan ‘Nature’ dari Tanah Aina

Mungkin kerja gila atau satu penolakan keras jika ada yang mempelawa anda untuk bermalam dihutan dan merasai keindahan khazanah negara yang masih tinggal lagi walaupun sudah berusia jutaan tahun.

Apa tidaknya, kita sudah terbiasa dengan kehidupan moden di bandar dengan berpaksikan rejim teknologi dan meminggirkan kehidupan yang ada di hutan belantara seperti yang ada di
Tanah Aina, Pahang.

Episod kali ini merungkai kepentingan eco pelancongan di Tanah Aina dan kenapa Malaysia perlu memelihara dan memulihara flora dan fauna yang masih wujud lagi sebelum ia hilang dek kerasukan tangan-tangan kita sendiri atas nama pembangunan masa depan.

Key Takeaways

Siapa kata tiada pengalaman tidak boleh ceburkan diri langsung dalam perniagaan eco pelancongan? Pengasas dan pemilik Tanah Aina Resorts Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memberanikan diri menceburi bidang ini sejak 2010 dek jatuh cinta ke atas khazanah negara dan terpanggil memberi kesedaran bahawa sungai kini sudah tidak indah dan hutan semakin musnah dek pembalakan.

Fun Fact

Jika hutan negaraditerokai, ia wajib diganti dengan menanam pokok dan tumbuhan di kawasan lain agar kehidupan, ekologi dan biologi hutan dan penghuninya dapat terus hidup dari ditamatkan riwayatnya hanya kerana mengejar wang ringgit semata-mata.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top