Bisnes Makeover,
33:49

Ep54. Selok-Belok Dunia Landskap Bersama Otai Usahawan Landskap

20 Dec 2018

Ep 54. Selok-Belok Dunia Landskap Bersama Otai Usahawan Landskap

Encik Faisal, dari Top Green Enterprise, usahawan otai dalam bidang landskap berkongsikan cabaran, pengalaman dan perit-getir sebelum berjaya dalam bidang yang mampu menjana pendapatan lumayan ini.

Baginya, ilmu sangat penting dan dicambah dengan pengalaman bekerja dari sekecil-kecil projek hingga sebesar-besar projek yang memerlukan modal tinggi dan kesabaran melayani kerenah pelanggan yang lambat bayar atau cerewet dalam kehendak sesuatu landksap.

Key Takeaways

Bidang landskap tidak semata-mata menyiapkan projek pelanggan baik kerajaan mahupun swasta tetapi mempunyai nursery sendiri juga mampu menjana pendapatan lumayan jika tahu selok-beloknya dan banyakkan bertanya dengan rakan-rakan industri.
Manfaatkan teknologi terkini seperti media sosial adalah sangat penting demi melariskan perkhidmatan berbanding teknik menggunakan flyers dan banner satu ketika dahulu yang sangat mencabar dalam mendapatkan pelanggan.

Fun Fact

Bermula dari mengindahkan halaman rumah sendiri secara suka-suka, Encik Faisal kemudian memberanikan diri membuka nursery dek kerana jatuh cinta dalam bidang landskap yang kemudiannya menjadi pekerjaan tetap beliau sejak 15 tahun lepas.

Mental yang kuat dan pasukan yang besar antara tips yang dikongsikannya untuk bakal-bakal usahawan landskap jika ingin kekal dalam bidang ini.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top