Bisnes Makeover,
28:57

Ep52. ACU ‘D Landskap berkongsi tentang selok belok dunia landskap

13 Dec 2018

Ep 52. ACU ‘D Landskap berkongsi tentang selok belok dunia landskap

ACU ‘D Landskap berkongsi dengan pendengar mengenai selok belok dunia landskap dari sebelum tanam pokok hingga kerja-kerja penyelenggaran demi mencantikkan dan mengindahkan hiasan dan landskap.

Mesra disapa sebagai Acu, seorang wanita yang lasak dan berani mengambil risiko untuk melibatkan diri dalam dunia landskap dari projek kecil hingga besar dengan memberikan perkhidmatan terbaik demi kepuasan pelanggan.

Key Takeaways

Bagi Acu, perancangan projek, masa, tenaga kerja dan bajet sangat penting untuk menjayakan sesuatu pelan landskap yang memerlukan kajian dan pengalaman untuk kekal relevan dan berjaya dalam industri yang penuh dengan cabaran dan risiko termasuk kekurangan modal dan kelewatan pembayaran dari pelanggan.

Nampak mudah, cantic dan sedap mata memandang apabila sesuatu kerja landskap itu disiapkan tapi di sebalik tabir, ia memerlukan penelitian yang rapi dan proses yang rumit bagi mencapai permintaan dan kehendak pelanggan.

Fun Fact

Demi kepuasan pelanggan, Acu sendiri pernah memandu lori dimuatkan dengan pekerja dan pokok ke Gentng Highlands dek kerana pemandu lori demam namun inilah cabaran harus ditempuh sebelum mendapat kepercayaan dan projek lebih besar bersama pelanggan-besar besar.

Dunia landskap bukan sahaja mengajar Acu dan rakan industri berkaitan teknik menghias dan mencantikkan pokok dan tumbuhan semata-mata, tetapi juga cara menjaga kawasan sekeliling seperti perparitan agar landskap tidak hancur kerana banjir dan hujan dan juga tips feng shui untuk posisi sesuatu landskap.

Model landskap rimba atau bercirikan hutan antara yang pernah disediakan pasukan Acu walaupun kedengaran seperti namun itu adalah kehendak pelanggan selain dari model simple dan moden.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top