Bisnes Makeover,
40:07

Ep50. Tips usahawan perunding yang berharga dari Jefree Aziz Design dalam membuat keputusan perniagaan

13 Dec 2018

Ep 50. Tips usahawan perunding yang berharga dari Jefree Aziz Design dalam membuat keputusan perniagaan

Episod kali ini memperkenalkan audien dengan otai dalam perunding hiasan dalaman ; Encik Jamal Abd Nasir yang sudah 28 tahun dalam industri ini namun masih lagi percaya setiap hari ilmu perlu dituntut dan kemahiran perlu digilap dek perubahan teknologi yang semakin mencabar.
Perunding tidak bertauliah dan bukan dari bidang ini seakan menganggu-gugat industri yang memerlukan Encik Jamal Abd Nasir mengerah segala pengalaman dan kudrat untuk kekal berjaya bersama-sama rakan lain.

Key Takeaways

Buah mulut orang ramai mengenai kecekapan beliau mengendalikan dan menguruskan hiasan dari projek berbentuk infill dan renovasi ruang pejabat mahupun kediaman merupakan sumber survival n Encik Jamal Abd Nasir dalam industri.

Modal utamanya adalah kepercayaan orang ramai perlu ditunaikan dengan baik dan akan sedaya upaya menyiapkan projek dengan bajet yang diberikan pelanggan dengan moto ; kreativiti tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Bakal perunding hiasan dalaman perlu keluar dari kepompong dan belajar banyak perkaran dan tidak terikat semata-mata dengan apa yang ada di dalam buku atau akan ketinggalan di pasaran.

Fun Fact

Pernah mendapat anugerah kerana kecekapan mengendalikan projek Hotel Tabung Haji Kuching selain menyiapkannya dengan lebih awal sekaligus memahat nama dikalangan buah mulut pelanggan setia.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top