Bukan Sekadar Mimpi,
17:55

Ep5. Bukan Sekadar Mimpi bersama Imelda

23 Jan 2018

Ep 5. Bukan Sekadar Mimpi bersama Imelda

Di dalam episod kali ini, Imelda bawakan sepasang suami isteri untuk ditemubual di konti eFM. Pasangan Azrul Izzam dan Azwani Ahmad merupakan pengasas kepada Airaz Technologies Sdn Bhd yang mereka cipta teknologi dan mengeluarkan anak tudung yang boleh dipakai dengan selesa walau ketika cuaca panas di bawah label, InnerSejuk. Bagaimana mereka merekacipta teknologi tersebut dan memulakan perniagaan yang telah mengaut keuntungan sebanyak jutaan ringgit ini? Mari kita dengarkan.

About Imelda

Imelda Harris merupakan seorang pereka aksesori dan finalis dari rancangan realiti Masterchef Malaysia musim pertama. Pengalaman beliau di dalam Masterchef Malysia telah membuka matanya kepada dunia kulinari yang sangat luas. Bertitik tolak dari situ, beliau serius dalam menceburi kulinari dan kini beliau memiliki sebuah restoran Hydeout Mont Kiara yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Anak jati Sarawak ini juga berimpian untuk membawa makanan bumi kenyalang itu ke mata dunia. Beliau percaya seseorang iti mampu menceburi apa sahaja bidang yang di minati jika ada usaha, kecekalan dan kegigihan yang tinggi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Comment

Scroll to top