Bisnes Makeover,
41:35

Ep49. Mibs Studio Interior Design: Usahawan perunding suami isteri mampu bina empayar berjaya

13 Dec 2018

Ep 49. Mibs Studio Interior Design: Usahawan perunding suami isteri mampu bina empayar berjaya

Episod menarik kali ini memperkenalkan pasangan suami isteri; Aida Anis dan Idzwan Sawal yang boleh dilabel sebagai pakar perunding hiasan dalaman rumah kediaman dan pejabat generasi moden, peramah dan sering dirujuk pelanggan dek kecekapan masing-masing.

Key Takeaways

Kesedaran orang ramai mengenai pentingnya perancangan membuat hiasan dalaman mengikut bajet masing-masing dan menghapuskan stigma masyarakat kononnya bidang ini memerlukan kos yang banyak adalah nawaitu Aida Anis dan Idzwan Sawal untuk terus berjaya.
Bukan sekadar tugas semata-mata, profesion ini juga mengajar pasangan suam isteri cara untuk berhadapan dengan pelbagai kehendak pelanggan yang kemudiannya menjadi kawan kerana kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.

Fun Fact

Memulakan kerja dari rumah dan menubuhkan syarikat sendiri selepas hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat lain dan masak dengan kehendak pelanggan dan selok-belok industri sehingga kini memberikan peluang kepada pelajar dan pelapis untuk menerokai profesion perunding hiasan dalaman.

Buah mulut orang ramai antara strategi pemasaran yang menjadi pegangan ; Aida Anis dan Idzwan Sawal dalam melariskan perkhidmatan dan kreativiti demi memenuhi kehendak pelanggan

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top