Bisnes Makeover,
27:45

Ep45. Ubah Gaya Hidup Membaca Anda Dengan Audio Book

29 Nov 2018

Ep 45. Ubah Gaya Hidup Membaca Anda Dengan Audio Book

Adlin Murtadza Zabri adalah dari salah seorang daripada 5 orang penggerak Nusantara Audio Book yang mula berkecimpung dalam dunia mengubah buku menjadi bentuk audio sejak awal tahun lalu. Biarpun negara luar sudah mengaut keuntungan sehingga 3 bilion USD melalui penjualan audio book, Malaysia tidak seharusnya ketinggalan. Justeru itu, Adlin mahu generasi muda dan rakyat Malaysia bersifat terbuka dalam menerima teknologi ini bagi mengorek ilmu dengan lebih mendalam.

Key Takeaways

Sehingga kini, Nusantara Audio Book sudah menghasilkan 15 audio book termasuk Hikayat Hang Tuah, karya agung A. Samad Said, Hikayat Munshi Abdullah dan banyak lagi. Sepanjang menghasilkan karya-karya ini, banyak cabaran dilalui antaranya berjuang mengumpulkan kos sehingga RM30,000 bagi menghasilkan satu audio book. Malah, memperkenalkan audio book kepada khalayak ramai juga agak mencabar kerana ramai menganggap ia berbentuk seperti CD. Padahal, hanya perlu download aplikasi dalam smartphone anda saja!

Fun Fact

Jika anda sudah muat turun audio book dalam smartphone, pasti kenal suara latar dibalik setiap cerita yang dibaca. Percaya atau tidak, kebarangkalian narratornya adalah pelakon, Wan Hanafi Su atau anak perempuannya. Malah, anda juga boleh menjadi narrator Nusantara Audio Book!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top