Bisnes Makeover,
26:33

Ep44. Shufitri Sukardi: Dari Atas Kertas Ke iPad

29 Nov 2018

Ep 44. Shufitri Sukardi: Dari Atas Kertas Ke iPad

About This Episode Shufitri Shukardi adalah ilustrasi komik dan buku di KakiSeni. Minatnya dari kecil yang gemar melukis di atas kertas, makin diasah di atas iPad menjelang usia 23 tahun. Sejak itu, beliau mula serius dan mengambil job tawaran rakan-rakan mahupun syarikat yang memerlukan khidmatnya dalam rekaan. Beliau berharap dengan minatnya itu dapat menarik minat kanak-kanak untuk menghargai seni dari peringkat awal supaya terinspirasi malah mahu menghasilkan karya mereka sendiri.

Key Takeaways

Berkongsi pendapat adakah kemunculan aplikasi dan persaingan antara ilustrator bakal menggugat pekerjaannya, jawapannya tidak sama sekali. Malah, ilustrator menghasilkan karya dengan sentuhan sendiri, berbeza dari hasil dari aplikasi. Tidak cukup dengan itu, ilustrator-ilustrator biasanya akan menyokong antara satu sama lain bahkan berkongsi idea supaya dapat menghasilkan karya yang relevan dan mampu menarik minat pembaca dengan kaedah serta gaya penyampaian tertentu.

Fun Fact

Seni adalah sesuatu yang bernilai, namun tidak semua orang sanggup melabur demi mendapatkan satu hasil karya seni. Justeru Shufitri berharap orang di luar sana dapat melihat karya seni secara terperinci dan mendalam kerana ia adalah satu bakat yang perlu dihargai. Tidak semua orang boleh menghasilkan karya dengan sempurna.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top