Bisnes Makeover,
35:02

Ep43. Kafe Buku Pertama di Kajang. Apa Yang Menarik?

29 Nov 2018

Ep 43. Kafe Buku Pertama di Kajang. Apa Yang Menarik?

Kedai Buku Mak Ali memulakan perniagaan pada tahun 2013 sebagai sebuah kiosk buku bergerak. Menjelang tahun 2016, pemiliknya, Ali Rafiq Ibrahim mengambil inisiatif untuk membuka kafe buku pertama di Kajang bagi memudahkan akses kepada penduduk di sana. Perniagaan yang dijalankan sepenuhnya oleh keluarganya sendiri ini menyediakan servis seperti perpustakaan di mana pengunjung boleh duduk dan baca buku yang diminati. Sambil membaca, Kedai Buku Mak Ali juga menyediakan makanan dan minuman seperti sarapan serta lauk-pauk untuk makan tengahari. Selain itu, jika anda berminat dengan buku yang dibaca, anda juga boleh membelinya!

Key Takeaways

Bersyukur Ali Rafiq mempunyai kawan-kawan yang sangat supportive dalam membantunya menguruskan acara di kafe bukunya setiap bulan dan menyertai aktiviti seperti Buku Jalanan Kajang di Stadium Kajang pada hujung minggu. Semua itu adalah usaha untuk menstabilkan perniagaan sepanjang 2 tahun ini. Bukan itu saja, jika ada masa lapang, Kafe Buku Mak Ali akan mengadakan sesi bedah buku yang mana sekumpulan pembaca akan membaca buku yang sama. Kemudian, setiap seorang akan memberi review buku tersebut menurut pandangan masing-masing. Menarik bukan?

Fun Fact

Bagi anda yang tidak tahu, Kedai Buku Mak Ali mahu menggalakkan minat semua orang yang minat untuk menulis. Justeru, penulis di luar sana boleh menghantar karya masing-masing dan Kedai Buku Mak Ali akan mencetak dan menjualnya di kafe buku mereka!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top