Bisnes Makeover,
39:24

Ep42. Nadia Khan: Menulis sebahagian dari jiwa

29 Nov 2018

Ep 42. Nadia Khan: Menulis sebahagian dari jiwa

Minat menulis dari zaman sekolah rendah, Nadia Khan membina hobi di masa lapangnya itu dengan menulis secara perlahan sebelum mula secara serius pada tahun 2009. Kata orang, rezeki tidak salah alamat. Selepas memenangi kategori Penulisan Skrip Filem Pendek dalam Pertandingan Menulis Skrip FINAS, beliau dipelawa untuk menerbitkan novel sendiri oleh ’bos’ Buku Fixi, Amir Muhammad yang merupakan juri ketika itu. Kini, beliau sudah berjaya menerbitkan 3 buah novel, kumpulan cerpen, buku antologi, puisi, skrip filem dan banyak lagi.

Key Takeaways

Bagi Nadia, biarpun idea datang pada bila-bila masa, tetapi mahu mengembangkan sesuatu idea itu agak sukar bagi seorang penulis. Malah, berdasarkan pengalamannya, setiap karya yang diterbitkan tak semestinya dibayar.

Fun Fact

Nadia Khan adalah graduan jurusan perubatan yang ‘menyimpang’ kepada bidang penulisan kerana minatnya yang mendalam. Namun, beliau berusaha membina ‘batu asas’ untuk mahir dalam bidang penulisan dengan menghadiri bengkel menulis, acara berkaitan dan rajin menambah kenalan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top