Ep 3. “Great by Choice” oleh Baki Zainal
Di dalam episod 3 minggu ini, Baki Zainal akan membacakan ringkasan dari bab 3 di bawah tajuk Fanatical Discipline: 20 Mile March. Bab ini memperkenalkan analogi utama yang menjadi subjek tunjang buku ini. Secara ringkasnya, ia menyatakan bahawa seseorang itu mampu memperoleh pelbagai kejayaan jika mereka mempunyai disiplin yang disetkan secara strategik setiap hari, meskipun dilanda dengan apa jua rintangan. Jom dengarkan podcast minggu ini untuk tahu apa disiplin disiplin tersebut!
Baki Zainal
Baki Zainal merupakan seorang pelakon, penyampai radio dan juga hos yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kefasihan Baki untuk bertutur dalam bahasa Mandarin telah membawa Baki jauh di dalam kariernya. Sentiasa bersikap positif dan optimistik, selebriti muda ini berimpian untuk merantau ke seluruh pelusuk dunia.