Bisnes Makeover,
32:06

Ep27. Usahawan Junior: Sekolah Cempaka Cheras dengan Straw dari buluh

12 Nov 2018

Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan

Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.

Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

Ep 27. Usahawan Junior: Sekolah Cempaka Cheras dengan Straw dari buluh

Atas inisiatif membudayakan ciri-ciri keusahawanan, beberapa orang pelajar dari Sekolah Cempaka Cheras telah mengambil inisiatif membentuk kelab usahawan. Bermula dengan menghasilkan straw dari buluh dan kertas merupakan pilot bisnes yang berasaskan ‘eko-friendly’ dan jualan tertumpu di kalangan pelajar dan kantin sekolah tersebut. Apa yang dikongsikan oleh pelajar-pelajar kelab usahawan ini adalah bagaimana mereka membahagikan masa dalam menghasilkan produk dan skop jualan yang masih tidak meluas.

Tahukah anda selain daripada “straw” plastik, di dalam pasaran juga terdapat “straw” buatan logam dan dari daun pisang? Ikuti kajian usahawan-usahawan muda ini bersama Nana Mahazan dalam topik Usahawan Junior.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top