Bawa Mulut,
43:13

Ep22. Food Truck

09 May 2019

Ep 22. Food Truck

Rizal, Joy dan Cik Sal masih berada di pejabat selepas waktu bekerja dan terasa lapar, lalu mereka pergi ke tapak food truck di hadapan pejabat. Tapi setelah mencuba pelbagai makanan di tapak tersebut, mereka mendapati makanan di tapak tersebut mahal dan tidak berbaloi. Lalu Cik Sal mendapat ilham untuk memulakan bisnes food truck sendiri.

Isi Utama

Perniagaan food truck nampak mudah tetapi ramai yang tak sedar apa yang diperlukan untuk mendapatkan ilham makanan yang berlainan dari penjual lain, mencuba makanan yang ingin dijual, mendapatkan modal untuk membeli food truck dan mengubahsuai dapur, mencari tapak untuk disewa, penjenamaan, promosi, mendapatkan pelabur, permit dan lesen.

Fakta Menarik

Harga makanan perniagaan food truck biasanya agak mahal kerana modal, kos operasi, sewa tapak dan promosi menggunakan banyak wang.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top