BioUsahawan 2019,
09:37

Ep21. UTM : Menawarkan Khidmat Kajian, Analisis & Rundingan

25 Apr 2019

Ep 21. UTM : Menawarkan Khidmat Kajian, Analisis & Rundingan

Episod ini menampilkan Nana Mahazan bersama Prof. Dr. Hesham Ali El-Enshasy, Pengarah Institute Product Development UTM (IBD). Institut ini merupakan perantara bagi dua pihak bekerjasama iaitu akademia dan industri sama ada syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Selama 15 tahun, IBD menawarkan pelbagai perkhidmatan sebagai platform kajian, analisis dan rundingan.

Key Takeaways

IBD mempunyai model perniagaan yang unik sebagai penyedia khidmat makmal yang menepati piawaan tertinggi. IBD menyediakan khidmat penyelidikan dan pembangunan kepada syarikat-syarikat serta perkhidmatan pembangunan manusia agar pihak syarikat dapat berdiri sendiri dengan lebih baik. Menurut Prof Dr Hesham, IBD menjadi platform pilihan syarikat-syarikat tempatan untuk meluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa kerana rangkaian yang telah dibina oleh IBD dengan organisasi-organisasi luar.

Fun Fact

IBD telah melatih lebih 3000 pelatih dan mengumpulkan pemain-pemain industri bio-ekonomi Malaysia dengan salah satu cara berkesan iaitu mempunyai katalog pelbagai prototaip produk untuk terus dipasarkan oleh usahawan.


Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top