Bahtera,
9:16

Ep2. Nini Daeng, MyHarapan

06 Apr 2018

BAHTERA – Wilayah Timur 2018 “Bumipreneurs of Tomorrow”

Program BAHTERA 2018 merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan usahasama kolektif di antara pihak kerajaan dan swasta untuk memperkasa usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam ekosistem keusahawanan tempatan dan antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan usahawan bumiputera bagi menghadapi cabaran masa hadapan dan menghubungkan mereka dengan pakar industri, tokoh keusahawanan dan individu berpengalaman dalam sektor keusahawanan.

Ep 2. Nini Daeng, MyHarapan

Temubual Nana Mahazan bersama Puan Nini Daeng, founder MyHarapan di Bahtera 2018 telah memberi infomasi yang sangat berguna kepada ramai usahawan belia 1Malaysia yang berminat dan sedang menjalankan perniagaan mereka. MyHarapan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkolabirasi dengan MaGIC memberi harapan baru kepada ramai usahawan muda melalui pelbagai program yang diatur termasuklah Pemangkin Usahawan Sosial Hebat. MyHarapan bervisikan memajukan usahawan belia agar lebih mengenali potensi diri sendiri dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat dan planet. Program Usahawan Belia yang diterajui MyHarapan juga berusaha untuk membentuk seramai mungkin usahawan belia menjadi usahawan sosial yang berjaya, berkeyakinan menyelesaikan masalah termasuk alam sekitar dan sebagainya.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Comment

Scroll to top