Bisnes Makeover,
26:53

Ep2. NanaBuat Mee Calong Serambi Che Na

23 Apr 2018

Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan

Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.

Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

Ep 2. NanaBuat Mee Calong Serambi Che Na

Mee Calong adalah satu produk makanan yang berasal dari Beserah, Kuantan. Resepi mee calong yang menggunakan ikan ini merupakan makanan yang popular dan tidak asing lagi kepapa warga Kuantan. Malah, ianya juga mendapat sambutan dari pelanggan dan peminat mee calong dari luar Kuantan termasuk Lembah Klang yang sanggup datang ke sana semata-mata untuk menikmati juadah Mee Calong Serambi atau juga dikenali sebagai Mee Calong U Turn. Perniagaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Che Na dan Cik Li ini telah berjaya mengubah taraf kehidupan mereka sekeluarga dan menjadi sumber pendapatan utama keluarga. Dengarkan perbualan temubual antara Nana Mahazan bersama pemilik Mee Calong Teruntum di Kuantan baru-baru ini di eFM.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top