Bawa Mulut,
21:02

Ep19. Pusat Senaman Mesra Wanita

12 Apr 2019

Ep 19. Pusat Senaman Mesra Wanita

Joy trauma diserang penghendap ketika menukar pakaian di pusat senaman. Cik Sal terfikir keperluan membuka pusat senaman mesra wanita yang turut diuruskan oleh pekerja dan pengurus wanita. Perkara ini dapat memberi wanita ruang yang selesa untuk bersenam. Pengurusan sepenuhnya oleh kaum wanita tidak dilihat sebagai anti-lelaki tetapi sebagai jaminan keselamatan dan keselesaan buat pelanggan sasaran yang berkemungkinan mempunyai pengalaman yang sama seperti Joy.

Isi Utama

Rizal sebagai jururunding perniagaan Cik Sal merasa ragu-ragu dengan keinginan Cik Sal yang tiba-tiba berminat untuk membuka pusat senaman wanita. Cik Sal meyakinkan Rizal dengan rancangan persediaan awal perniagaannya iaitu membuat soal selidik terhadap pelanggan sasaran di lokasi yang telah dipilih untuk jalankan pusat senaman tersebut. Sebuah lot telah disewa oleh Cik Sal dengan mengambil kira lokasi yang strategik, ruang yang luas, keselamatan kawasan, kemudahan yang berdekatan, dan sistem keselamatan. Rizal mengingatkan Cik Sal untuk mengambil kira bayaran sewa serta gaji pekerja dan pengajar dalam perancangannya. Untuk menambah kelainan, Joy mencadangkan Cik Sal mempelbagaikan jenis kelas senaman agar lebih ramai pelanggan sasaran tertarik untuk sertai keahlian. Membuat kelainan dalam sesuatu perniagaan boleh membantu sebagai salah satu strategi pemasaran.

Fakta Menarik

Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Kursus Jurulatih Aerobik untuk mereka yang ingin menjadikan aktiviti bersukan sebagai pendapatan tambahan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top