Bisnes Makeover,
32:50

Ep19. Nana BMO e-Commerce – JelitaSara

15 Oct 2018

Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan

Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.

Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

Ep 19. Nana BMO e-Commerce – JelitaSara

Sejak menggunakan platform e-dagang sebagai ‘kedai’, hasil pendapatan Jelitasara meningkat hingga mencecah 5 – 6 angka sehari! Bermula dengan menjual hanya beberapa helai tudung, hari ini, Jelitasara mendapat tempahan dari seluruh dunia dalam kuantiti yang sangat banyak dan ianya hanya secara online sahaja. Selain menjadikan media sosial lain seperti FB dan instagram untuk mempromosi e-dagang dan mengumpul data pelanggan Jelitasara telah membuktikan platform e-dagang adalah medium terbaik untuk menjual dan mempromosi. Nana Mahazan sempat menemubual pemilik Jelitasara, En Wan Zaki Wan Taib yang berkongsi kuasa e-dagang hingga menjadikan Jelitasara sebagai satu kuasa bisnes tudung di Malaysia.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top