Malaysia Halal Expo 2019,
04:08

Ep18. Kupasan #MHE2019 oleh Menteri Pembangunan Usahawan

14 Mar 2019

Ep 18. Kupasan #MHE2019 oleh Menteri Pembangunan Usahawan

Dalam episod ini, eFM menemuramah Menteri Pembangunan Usahawan YB Mohd
Redzuan Md Yusof dalam sesi pengkongsian mengenai kejayaan Halal Expo 2019 dari segi kedatangan para pengunjung serta angka jualan yang melebihi 24 juta pada hari pertama ekspo disamping harapan mencapai matlamat penjualan yang disasarkan untuk mencapai 50 juta.

Key Takeaways

Gabungan Kementerian dengan sektor swasta menjadi asas utama yang membuktikan kejayaan dalam usaha memahami konsep perniagaan halal di negara ini yang amat menggalakkan. Antara kupasan dalam episod ini adalah impak selepas Memorandum Kerjasama (MoC) ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Jepun dalam bidang halal yang dimeterai pada 26 November 2018 iaitu memastikan industri halal Malaysia dapat meneroka pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Fun Fact

Selepas sesi temuramah ini dirakam, kejayaan MHE 2019 melangkaui sasaran jualan asal yang ditetapkan pada RM50juta!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top