Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan
Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.
Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.
Ep 17. Nana BMO e-Commerce – Nana Tip
E-dagang atau e-commerce adalah platform terkini untuk menjual secara online. Kelebihannya ia boleh beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, promosi seluruh dunia, kos operasi yang murah berbanding berniaga secara online. Setiap usahawan disaran memiliki platform e-dagang ini dalam memperluaskan bisnes mereka tanpa sempadan. Namun, ramai tidak tahu bagaimana untuk menyediakan platform ini dan dengarkan Nana Mahazan memberi tips dan panduan untuk usahawan memiliki platform e-dagang mereka sendiri.