Satu Daerah Satu Industri (SDSI),
47:28

Ep15. Barakah Muslimah Berniaga

09 May 2019

Ep 15. Barakah Muslimah Berniaga

Untuk sesi ini, kami menampilkan Heliza Helmi, seorang penyanyi, pengacara, model, penceramah, aktivis, dan kini usahawan berjaya. Heliza berkongsi tentang produknya, Telekung Instant Heliza yang merupakan tudung labuh yang boleh ditukar menjadi telekung secara serta-merta Heliza memulakan perniagaan tudungnya, Heliza Guzelhive 7 tahun lepas kerana pengalaman sendiri yang susah mencari tudung labuh di pasaran. Keistimewaan menjadi pelanggan Heliza Guzelhive adalah setiap pembeli akan mendapat nama sebagai penyumbang di myHeart, sebuah organisasi yang membantu kanak-kanak di IJN. Oleh itu, pelanggan dapat membeli sambil beramal. Heliza dikenali sebagai seorang aktivis kemanusiaan yang kerap menyertai misi ke Syria, dan ketulusan ini tampil jelas pada cara perniagaan beliau.

Isi Utama

Selain memperkenalkan produk Telekung Instant beliau, Heliza bercerita tentang bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan tudung. Sebelum Heliza Guzelhive, beliau telah cuba memasarkan beberapa produk lain, tetapi tidak berjaya. Beliau juga berkongsi tentang cabaran-cabaran lain di sepanjang perjalanan sebagai seorang usahawan. Selain perniagaan tudung, Heliza juga mempunyai projek-projek lain yang diceritakan dengan lebih mendalam di dalam sesi ini. Beliau juga menamakan idola usahawan beliau dan sikap-sikap yang diambil untuk membantu diri berjaya seperti idola tersebut. Selain itu, beliau juga ada berkongsi pengalaman-pengalaman peribadi yang membuat beliau tersedar dan mengubah cara pemikiran. Heliza juga berkongsi tips-tips berniaga dari segi skil dan sikap, dan juga dari segi agama. Heliza sangat berpegang teguh kepada Islam dan sentiasa mempraktikkan zikir, doa dan selawat yang dikongsi oleh pakar-pakar agama untuk membantu beliau berjaya.

Fakta Menarik

Heliza akan menjalani misi ke zon-zon perang dan sebagai tanda sokongan, Dato Aliff Syukri menginfaqkan RM1.2 juta sebagai sumbangan untuk mencapai target RM6 juta mereka.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top