Bisnes Makeover,
30:13

Ep143. Penjenamaan Sebagai Nadi Permulaan Perniagaan

09 May 2019

Ep 143. Penjenamaan Sebagai Nadi Permulaan Perniagaan

Media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran perniagaan masa kini. Content atau kandungan laman media sosial sesebuah produk dapat menentukan sambutan dan kelarisan. Encik Rashidi daripada Contentpreneur.com berkongsi dengan pendengar tentang bagaimana kandungan media sosial dapat menentukan emosi, persepsi, dan penerimaan masyarakat terhadap sesebuah produk. Untuk meyakinkan para pendengar, beliau juga membawa Encik Amirul, pemilik Cookiemon.com, jenama biskut yang telah membuat nama di media sosial atas bantuan Contentpreneur.com, sebagai testimoni hidup bahawa penjenamaan di media sosial dapat memberi impak yang besar terhadap perniagaan anda.

Isi Utama

Bermula dari tahun 2010, Encik Rashidi telah memulakan syarikatnya dengan niat mahu membantu para peniaga mencari ‘cerita’ mereka. Dalam episod ini, beliau berkongsi bagaimana cara untuk memasarkan produk dengan efektif dalam dunia maya dan dunia nyata. Beliau percaya akan prinsip nemawashi ataupun ‘beli jiwa’, di mana peniaga perlu ikhlas dan murah hati untuk mencuri hati dan perhatian pembeli. Beliau juga berkongsi jenis-jenis kandungan media sosial yang sesuai untuk produk, trend-trend yang perlu diikuti, dan ilmu yang perlu dituntut supaya tidak ketinggalan. Beliau juga memberi nasihat kepada peniaga yang takut untuk menerokai dunia atas talian tentang bagaimana mahu mula menuntut ilmu dan menghilangkan ketakutan tersebut. Encik Rashidi dan Encik Amirul juga memberi tips-tips kepada usahawan yang berminat untuk menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran utama, dan bagaimana untuk memasarkan produk di luar talian secara efektif, selain tips-tips untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan sentiasa mempunyai informasi yang terbaru.

Fakta Menarik

Cookiemon.com, jenama produk yang telah berjaya di bawah khidmat nasihat Contentpreneur.com, merancang untuk mengeluarkan ‘maskot’ patung tangan ataupun hand puppet sebagai ikon produk tersebut yang sesuai dengan tema ceria yang dibawa.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top