Bisnes Makeover,
21:56

Ep104. Jom Share Perniagaan Dobi Bersama PUNB

14 Mar 2019

Ep 104. Jom Share Perniagaan Dobi Bersama PUNB

Modal untuk membuka sebuah kedai dobi layan diri mencecah sehingga 200k namun ianya boleh diselesaikan melalui bantuan pinjaman daripada agensi-agensi yang menyediakan bantuan pinjaman perniagaan. Episod kali ini membawa segment “Lets Bincang” mengupas perlukah pinjaman dilakukan bagi menjana modal pendahuluan? Nana Mahazan bersama 2 orang wakil daripada antara agensi utama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mengupas lebih lanjut mengenai isu keusahawan ini, hanya di Bisnes Makeover dari eFM.

Key Takeaway

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad membantu menyediakan platform bagi usahawan memulakan perniagaan dan khususnya dalam perniagaan dobi ini, latihan diberikan menerusi kajian terhadap pengalaman asalkan menepati kriteria yang ditetapkan. Episod ini menceritakan bagaimana pihak PUNB tidak mengamalkan faedah tetapi menjalan kaedah berdasarkan kadar keuntungan dan ini sangat adil dalam usaha mereka yang berteraskan niat ingin membantu usahawan baru di Malaysia.

Fun Fact

Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej-pakej keusahawanan bersepadu yang dirangka khusus untuk membantu usahawan Bumiputera dimana perusahaan dobi jatuh di bawah kategori runcit menyediakan peluang pinjaman dari 100 ribu ke 10 juta Ringgit mengikut skim.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top