Bawa Mulut,
17:55

Ep10. Kemaruk Gadjet: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Nak Mulakan Bisnes Repair & Servis Handphone

27 Dec 2018

Ep 10. Kemaruk Gadjet: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Nak Mulakan Bisnes Repair & Servis Handphone

Alkisahnya telefon Cik Sal bermasalah sewaktu berurusan dengan client. Bila dibawa ke kedai untuk dibaiki, pekerja kedai pula memperlekehkan telefon Cik Sal dengan mengatakan model telefon Cik Sal sudah lama, tiada orang yang menggunakannya lagi dan sudah tiada sparepart dijual di pasaran kerana kilang juga sudah menghentikan pembuatannya. Beranglah Cik Sal! Tidak puas hati dengan hal itu, terus Cik Sal mulakan bisnes repair & servis handphone dengan harapan, orang ramai di luar sana lebih mudah mendapatkan sparepart handphone darinya!

Key takeaways

Bagi membantu Cik Sal yang tidak biasa mengedalikan bisnes sebegini, beliau mengambil Joy, Rizal dan Badrul sebagai rakan kongsi. Badrul merupakan jiran Rizal dan agak mahir serta berpengalaman dalam membaiki handphone, jadi Cik Sal memberikan kepercayaan penuh padanya. Sebelum memulakan bisnes repair & servis handphone, Rizal berkongsi kepada Cik Sal bahawa penting untuk beliau tahu bagaimana caranya untuk menguruskan kawalan stok, penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga belian dan modal yang terlibat. Kata Joy, pengurusan stok penting supaya kita dapat tahu berapa jumlah duit yang keluar masuk. Ditakuti nanti, ambil banyak stok sparepart, tapi demand kurang. Kan rugi tu!

Fun fact

Badrul juga berkongsi ada beberapa perkara Cik Sal perlu titikberatkan dalam bisnes repair & servis handphone ni. Seperti, meneliti bil serahan, delivery note dan invois apabila menerima barang sparepart dari pembekal. Selain itu, Cik Sal juga kena rajin-rajin semak dan kira kuantiti yang diterima! Ini bertujuan supaya mengelakkan kita daripada ditipu pembekal dan memastikan modal yang dibelanjakan selaras dengan produk yang diterima. Untuk lebih banyak tips berguna daripada Badrul dalam memulakan bisnes repair & servis handphone, silakan download episod ke-10 podcast Bawak Mulut kali ini!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top