Bahtera,
16:27

Ep1. Ashran Dato Ghazi, MaGIC

06 Apr 2018

BAHTERA – Wilayah Timur 2018 “Bumipreneurs of Tomorrow”

Program BAHTERA 2018 merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan usahasama kolektif di antara pihak kerajaan dan swasta untuk memperkasa usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam ekosistem keusahawanan tempatan dan antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan usahawan bumiputera bagi menghadapi cabaran masa hadapan dan menghubungkan mereka dengan pakar industri, tokoh keusahawanan dan individu berpengalaman dalam sektor keusahawanan.

Ep 1. Ashran Dato Ghazi, MaGIC

Nana Mahazan telah menemubual dengan orang kuat MaGIC, Ashran Dato’ Ghani semasa di BAHTERA 2018, Kuantan baru-baru ini. Sepanjang temubual sembang tersebut, banyak ilmu telah dikongsikan terutama peranan MaGIC dalam membantu usahawan berinovasi dengan lebih kreatif dan dinamik. Beliau juga memberikan beberapa pandangan dan tips untuk usahawan muda dalam mencapai impian melalui idea kreatif mereka agar dapat direalisasikan sepenuhnya dengan bantuan dan sokongan MaGIC dan para pengajarnya. Sokongan dan bantuan yang MaGIC berikan kepada usahawan adalah antara inisiatif yang kerajaan berikan dalam menterjemahkan polisi kerajaan dalam memperkasakan usahawan-usahawan berinovasi dan kreatif di Malaysia.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Comment

Scroll to top