Bisnes Makeover,
31:28

Ep1. Anne Idris, My Mum’s Bakery

06 Apr 2018

Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan

Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.

Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

Ep 1. Anne Idris, My Mum’s Bakery

Nana Mahazan telah menemubual Anne Idris, pemilik dan pengasas My Mum’s Bakery di konti radio e.FM untuk berkongsi tips dan ilmu pemasaran. Anne Idris yang sangat dikenali sebagai sifu pemasaran dan sering memberi ceramah keusahawanan bersama MDEC, MARA dan pelbagai lagi. Sepanjang temubual bersama Nana di segmen Bisnes Makeover, Anne Idris berkongsi tips dan teknik pemasaran online yang lebih efektif dan mudah mencapai sasaran pelanggan. Perkongsian pengalaman Anne Idris sebagai usahawan yang berjaya sangat berguna dijadikan panduan oleh para pendengar e.FM dan usahawan-usahawan yang masih baru dan lama. Sentiasa mendengar Bisnes Makeover bersama Nana Mahazan jam 7.30 – 10.00 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Comment

Scroll to top