Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
08:40

Ep03. The Tokyo Burger

09 May 2019

Ep 03. The Tokyo Burger

Episod podcast kali ini pula akan bersama-sama dengan Encik Hanis Bahaman dari syarikat The Tokyo Burger di Melaka yang sudi berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan yang dijalankan yang berfokus kepada kedai burger dengan gaya unik dan tersendiri.

Isi Utama

The Tokyo Burger berfokus kepada pembuatan burger secara progresif dengan ramuan seperti daging dan sos yang dihasilkan sendiri serta proses kajian dan pembangunan menu baru untuk disajikan kepada pelanggan. Eksperimentasi merupakan elemen utama bagi The Tokyo Burger, dan ini turut dibawa dalam cara pemasaran mereka di mana mereka turut memasarkan secara atas talian di samping menyertai pelbagai festival makanan. Ketiga-tiga usahawan muda disebalik The Tokyo Burger ini merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan yang kini mengusahakan sesuatu yang diluar bidang mereka. Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan keusahawanan mereka dalam episod ini.

Fakta Menarik

The Tokyo Burger bermula dari idea untuk mencari makanan halal ketika di Jepun. Bermula di Utsunomiya, Jepun, kini perniagaan ini sudah berusia tiga tahun dengan berpusat di Melaka. Mereka turut memiliki cawangan di TTDI dan juga Sunway bagi kawasan Lembah Klang.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top