Malaysia Halal Expo 2019,
98:12

Ep02. Pensijilan Halal dan Produk Kecantikan

23 Jan 2019

Ep 02. Pensijilan Halal dan Produk Kecantikan

Siri podcast ini merangkumi setiap slot program dalam Malaysia Halal Expo 2019 dari sesi perbincangan industri sebelum bermulanya Malaysia Halal Expo 2019 sehinggalah forum yang berlangsung dari 24 Januari 2019 sehingga 26 Januari 2019. Malaysia Halal Expo 2019 merupakan platform yang mempamerkan produk serta perkhidmatan halal dari SME Malaysia untuk pasaran serantau dan global. Malaysia Halal Expo 2019 juga membuka peluang bagi SME di Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun selaras dengan Tokyo Olympic & Paralympic Games 2020 (Tokyo 2020).

Kupasan Episod

Berlangsung pada 18 Januari 2019, episod ini merupakan sesi Industry Talk yang dianjurkan oleh eFM sempena #MHE2019 berjudul “Cosmetics and Personal Care: On The Road To Japan”. Sesi Industry Talk ini disertai Encik Johari bin Abdul Latiff yang merupakan Senior Assistant Director Majlis Halal Malaysia, Puan Amnah dari Serunai Commerce, serta dua usahawati kosmetik tempatan Cik Hemy Sorfina Halim dari Sorfina Hal dan Puan Marwani Hassan dari Vanity Cosmeceutical (Cosmoderm) Sdn Bhd. Antara isu yang dikupaskan ialah perbezaan antara klasifikasi bagi produk kosmetik seperti vegan, organic, cruelty-friendly yang tidak perlu mendapatkan pengiktirafan daripada mana-mana pihak dan produk Halal yang perlu mendapatkan sijil dari badan-badan pensijilan Halal. Sesi ini turut membincangkan kepentingan pensijilan halal terhadap sesuatu perniagaan kosmetik dan manfaat yang boleh diperolehi oleh sesebuah bisnes daripada pengiktirafan Halal.

Fakta Menarik

Malaysia mempunyai lebih dari 300 jenama kosmetik yang disahkan Halal!

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top