Alamorphosis,
17:16

Ep 1. Cerita Hidup dan Kejayaan Bersama Zainal

27 Nov 2017

Ep 1. Cerita Hidup dan Kejayaan Bersama Zainal

Ikon serba boleh ini akan berkongsi fasa dalam kehidupan yang telah ditempuhinya, dan pada masa yang sama akan mengupas topik topik menarik untuk dijadikan teladan untuk mereka yang ingin menceburkan diri di dalam apa jua bidang mahupun menjadi seorang usahawan.

Episod pertama dalam Siri Podcast ini akan mendedahkan siapakah sebenarnya personaliti Zainal Alam Kadir dan bagaimana tajuk “Alamorphosis” ini telah menjadi sebahagian dari perjalanan kariernya dari mula sehinggalah beliau menjadi salah seorang Penyunting Bersekutu di akhbar Malaysian Reserve.

About Zainal Alam Kadir

Zainal Alam Kadir merupakan seorang ikon di dalam bidang kewartawanan, pengacaraan, penerbitan, penulisan skrip, pelakon, hos dan juga merupakan seorang penyanyi. Penglibatan beliau di dalam pelbagai bidang, dan berjaya pula meraih pelbagai pingat kecemerlangan telah meletakkan beliau di barisan hadapan di setiap acara. Zainal Alam Kadir kini bertugas sebagai salah seorang Penyunting Bersekutu di akhbar Malaysian Reserve.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

One comment

  1. Wow! Tahniah ayah cho Alam. One of my favorite people who taught me how to be a great host/presenter, my teacher, my father, my brother, my friend!! Hilang rindu nak dengar Alam berceloteh!!

Leave a Comment

Scroll to top