Bukan Sekadar Mimpi,
11:57

Ep1. Bukan Sekadar Mimpi bersama Imelda

06 Dec 2017

Bukan Sekadar Mimpi!

Siri Podcast Bukan Sekadar Mimpi akan menampilkan chef selebriti Imelda Harris yang merupakan seorang finalis dari rancangan realiti Masterchef Malaysia musim pertama dan juga pemilik bersama restoran Hydeout Mont Kiara untuk bercerita mengenai transisi yang dilalui oleh usahawan apabila mereka menceburi bidang yang mamat berlainan daripada apa yang mereka pelajari di pusat pengajian mereka dahulu. Imelda juga akan menjemput usahawan dari pelbagai bidang untuk menceritakan kisah kejayaan yang hanya bermula dari angan angan dan akhirnya menjadi kenyataan.
Untuk episod pertama Siri Podcast Bukan Sekadar Mimpi ini, Imelda akan berkongsi kisahnya sendiri. Rupa rupanya banyak liku liku dan pengorbanan yang telah dilalui oleh Imelda. Apa agaknya cerita perjalanan kejayaan Imelda? Jom kita dengar!

About Imelda

Imelda Harris merupakan seorang pereka aksesori dan finalis dari rancangan realiti Masterchef Malaysia musim pertama. Pengalaman beliau di dalam Masterchef Malysia telah membuka matanya kepada dunia kulinari yang sangat luas. Bertitik tolak dari situ, beliau serius dalam menceburi kulinari dan kini beliau memiliki sebuah restoran Hydeout Mont Kiara yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Anak jati Sarawak ini juga berimpian untuk membawa makanan bumi kenyalang itu ke mata dunia. Beliau percaya seseorang iti mampu menceburi apa sahaja bidang yang di minati jika ada usaha, kecekalan dan kegigihan yang tinggi.

 

Download

 

Transcript

Hi assalamualaikum bersama saya Imelda Haris

Bekas finalist master chef malaysia, pemilik restaurant Haidum Mon Kiara, pereka accesories dan pendek cerita ni, saya ialah seorang usahawan. Bersama saya di eFM for entrepreneur by entrepreneur. Ataupun dalam bahasa melayu nya, station radio usahawan untuk usahawan. Okay harini apa yang saya ingin kongsikan cerita: okay mesti anda semua tertanya tanya topik apa yang bakal kita kupas pada hari ini?

Di dalam siri podcast ini, Imelda ingin berkngsi how to be succesful? Ataupun belajar benda lain, buat benda lain. Kalau ini anda dah terbayang dah, “Ah dulu saya ambil kos engineering, tapi saya end up kerja jadi pembuat cupcake”. Ataupun bekerja sebagai make up artist, ataupun banyak lagi kan? So sebenarnya kalau kita kupas satu-satu, kita akan dengar pelbagai jenis cerita.

Read more...
Bercerita tentang diri Imelda sendiri. Cerita mukadimah tadi berkait rapat dengan diri Imelda. Dulu sebelum Imelda memasuki masterchef, Imelda ambil bidang architecture. Tapi selepas habs belajar, memang tidak sentuh langsung bidang itu. Dan selepas itu Imelda menyertai pertandingan masterchef. Lagi lah Imelda sedar bahawa banyak lagi yang kita boleh buat dalam kehidupan seharian kita. Imelda menceburi bidang perniagaan dengan makcik Imelda, masatu business jual medical equipment. Dan Imelda belajar dari kosong. So bila kita nak kaitkan dengan apa yang dah belajar, boleh kait dengan kira-kira- tapi dalam perniagaan ni, lagi aspek yang boleh belajar, bukan takat jual beli, boleh ambil dan pelbagai lagi.

Perkara pertama yang membuka mata Imelda tentang perniagaan adalah dari pertandingan masterchef. Ramai orang tanya kenapa boleh masuk masterchef? Imelda dulu suka tengok rancangan memasak, especially pertandingan masterchef Australia, New Zealand, US, buatkan saya teruja tengok skill memasak. Dan bila iklan yang bagitau masterchef Malaysia yang akan datang, dan kawan-kawan Imelda cakap, “Eh ni Imelda boleh masuk ni”. Sebab berprinsip “belum cuba, belum tau”. So itulah yang memberi semangat kepada Imelda, untuk masuk dan cuba bakat dalam masterchef musim pertama. Bila dah isi borang, memang banyak, bukan sehelai, tapi berhelai-helai kertas. Soalan yang bermacam-macam. So kita macam mencuba jela. Dan alhamdulillah, dia panggil pergi audition. Waktu audition tu kena bawak makanan untuk juri rasa. Mesti kita nak pilih makanan yang baik. So Imelda pulak suka makan sup, so Imelda pun bawa resepi yang... Oh dah lama Imelda tak masak. So resepi yang Imelda bawa adalah sup udang bersama kacang dhal, dengan nasi. Sebelum diujibakat, kita diberi masa satu minit untuk memanaskan makanan.

Bila masuk ke dalam bilik tu untuk juri rasa, Imelda diminta untuk explain masakan sendiri. Dan juga berjaya memasuki saringan pertama, iaitu melihat personaliti yang versatil. Apabila berjaya masuk ke saringan kedua, peserta diminta untuk masak selama sejam dan hidang kepada juri. Untuk dijadikan cerita, udang satu kaki tertinggal di dalam sup. Waktu papa joe keluarkan udang dalam mulut dia, cakap “Ni apa ni? Imelda cakap, “Maaf la chef. Harini rezeki chef dapat kaki udang”. Dari situ mungkin rezeki Imelda untuk masuk dalam masterchef musim pertama. Imelda tak pernah mimpi untuk jadi tukang masak.

Ianya membuka mata bahawa food is not only food. There are so many things we could do with food. Kita boleh gunakan makanan tu untuk kepada pelbagai cara, pelbagai jenis. Boleh dijadikan duit, boeh dijadikan kerjaya. Bak kata orang, “dari mimpi bertukar jadi kenyataan”. Daripada takda apa-apa, jadi apa. So bila Imelda dapat tahu yang berjaya masuk masterchef, seronok ada, gembira ada, sedih pun ada. Perasaan sedih tu ada sebab perlu tinggalkan. Sebab Imelda perlu tinggalkan kerjaya sebagai pereka accesory selama 3 bulan. Memang tak contact klien, tak boleh bagitau siapa-siapa kita kat mana. So mana kerja yang tak siap, kena siapkan dulu. So mana kawan-kawan, family, best friend bersalin ke, apa-apa event luar memang tak dapat pergi. So itu merupakan pengorbanan yang Imelda perlu buat, dan itu adalah cabaran untuk kita cuba dengan lebih bagus dalam pertandingan itu.

Apa yang Imelda tahu dalam masterchef ni, Imelda baru tau yang Imelda boleh masak sebegitu rupa. Di rumah, kita tiada challenge. Kita masak untuk hidangan orang je, so kita tak tau apa bakat yang tersorok. Di situ, ianya mengcungkil bakat. Ianya juga membuka ruang untuk Imelda mencuba banyak perkara baru. Baru-baru ini, Imelda dulu ambil architecture, dan tak pernah aplikasikan. Melalui makanan, diberi peluang untuk Imelda untuk design kitchen. Contohnya, kitchen Nasi Ayam LindaOnn, restoren saya sendiri dan the Butterfly Space, Mak Ayam dan bermacam lagi yang pernah reka.

Disitu membuka mata dan memberi ruang untuk Imelda ceburi. Bukan itu sahaja, tetapi ianya memberi peluang untuk berjumpa dengan orang lain. Masterchef memang membuka peluang untuk Imelda untuk menceburi bidang ini dengan serius; bidang kulinari dan perniagaan khususnya. Pekongsian ini sedikit sahaja. Selepas ini, Imelda akan kongsikan sedikit lagi tentang pekerjaan apa lagi yang Imelda buat. Episod seterusnya, Imelda akan berkongsi tentang apa yang Imelda dah buat. Nak tau? Haa kena tunggu nanti.

Okay terima kasih kerana bersama kami di eFM entrepreneurs FM for entrepreneurs by entrepreneurs. Atau dalam bahasa melayunya, stesen radio usahawan kepada usahawan. Teruskan bersama kami, dan saya Imelda Harris dalam sesi yang akan datang.

Assalamualaikum!

Leave a Comment

Scroll to top